PERKONGSIAN IKHLAS TAFSIR AYAT 159-160 (2)

>> Saturday, December 18, 2010




Anggaplah gambar-gambar di atas sekadar hiasan
dan tidak ada kaitan secara langsung dengan rencana ini.

d. Jangan bergantung kepada pihak musuh Allah s.w.t. (Islam) juga musuh umat Islam.

SETERUSNYA ustaz tersebut membacakan ayat berikut yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang mukmin). Dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada antara kamu dengan mereka, sedang mereka kufur engkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah s.a.w. dan juga mengeluarkan kamu (dari tanah suci Makkah) disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu (janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu (tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan, dan (ingatlah) sesiapa antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka sesungguhnya telah sesatlah ia dari jalan yang betul." (Al-Munthahanah: 1)


e. Jangan mengutamakan ahli keluarga yang cenderung kepada orang-orang kafir.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim." (Al-Munthahanah: 23)

4. KEWAJIBAN MEMILIH ALLAH S.W.T. DAN GOLONGAN BERIMAN SEBAGAI TEMPAT MELETAKKAN KEBAJIKAN UMAT ISLAM ADALAH ATAS FAKTOR KEIMANAN.

Ustaz tersebut menukilkan Firman Allah s.w.t. bermaksud:

"Allah Pelindung (yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya." (Al-Baqarah; 257).

5. Dalam mentafsirkan ayat-ayat ini, ustaz berkenaan menjelaskan betapa pada amnya kebanyakan ayat di atas kurang mendapat kerjasama umat Islam lantaran mereka memberikan kerjasama mesra dengan pihak musuh tetapi berkelahi sesama muslim.

6. Bayangkan sahaja kini mereka boleh duduk semeja dengan bukan muslim bagi menikmati hidangan yang sama, satu meja sama, satu minuman sama sekalipun mereka berlainan Tuhan, berlainan nabi dan berlainan kitab suci. Mereka lupa bahawa Rasulullah s.a.w. pernah diajak untuk duduk semeja dengan kaum kafir tetapi baginda menolak.

7. Ustaz itu selanjutnya memabacakan surah al-Kafirun bermaksud:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku."

8. Ustaz itu meluahkan kesalnya, kerana sesama muslim mereka men jadi sukar untuk duduk bersama dalam satu saf solat, sukar untuk berhimpun dalam satu majlis perayaan seperti Maulidul Rasul, sukar duduk semeja bagi menikmati satu hidangan, satu jenis minuman biarpun menyembah Tuhan yang sama, beriman dengan rasul yang sama, membaca kitab suci yang sama.

9. Mereka seolah-olah lupa akan peringatan Allah s.w.t. agar Muslim sentiasa bersatu dalam apa jua keadaan sebagaimana firman Allah dalam surah Al-Hujarat ayat 9 dan 10 bermaksud:

"Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman, berperang, maka damaikanlah antara keduanya, jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah, jika ia kembali patuh maka damaikanlah antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah) serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil."

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. Wahai orang-orang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak perempuan itu mencemuh dan merendah-rendahkan pula perempuan yang lain (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk (larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman, dan (ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya), maka merekalah orang-orang yang zalim."

10. Dalam ayat 159, surah Al-Baqarah sebenarnya mencela sikap golongan Yahudi yang menyembunyikan keterangan mengenai kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. dalam Taurat. Tujuan mereka ialah agar kepentingan politik mereka tetap teguh di Madinah.

11. Namun demikian, perbuatan tersebut itu merupakan perbuatan terlaknat. Pada hari ini, kita pula tidak harus menyembunyikkan kenyataan al-Quran yang telah kita ketahui faktanya hanya untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kita.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP