SEBUAH PERKONGSIAN IKHLAS: TAFSIR SURAH AL-BAQARAH AYAT 159-160
>> Saturday, December 18, 2010
SALAM semua. Alhamdulillah nampaknya dah ada orang komen tentang pautan video klip dalam edisi blog yang lepas. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang video itu dan mengulas komen yang diberikan. Saya paparkan hanya dengan niat ikhlas berkongsi perkara yang saya tahu dan terpulang kepada pembaca-pembaca blog ini untuk memikirkannya.
Rentetan video klip itu dan gambar-gambar di atas yang menceritakan tentang hubungan antara kaum dari sudut toleransi politik dan kedudukan pendaftaran pengundi, yang memaparkan perspektif politik pelbagai (gambar BN, PR...) di sini saya ingin kongsikan kuliah tafsir yang saya ikuti pada 13.12.10 mengenai Surah Al-Baqarah ayat 159-160 untuk anda menungkan dan kaitkan dengan klip video dan gambar-gambar di atas. Kuliah ini disampaikan oleh seorang ustaz yang berkelulusan sarjana dalam pengajian tafsir Qur'an dan Bahasa Arab.
1. Ayat yang ditafsirkan itu bermaksud:
" 159. Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan
daripada keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkan
kepada manusia dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh
sekalian makhluk. 160. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki amal buruk
mereka, serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu,
Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima Taubat, lagi Maha
Mengasihani."
2. Ustaz itu menerangkan tafsir ayat 159 adalah seperti berikut:
2.1 Ayat itu menjelaskan bahawa perbuatan menyembunyikan keterangan Al-Quran
yang telah maklum maksud sesuatu ayat tersebut, hukumnya haram.
2.2 Pada amnya, penyembunyian hukum/perintah sesuatu ayat adalah berkenaan ayat-ayat
hal-hal politik.
2.3 Seseorang yang berkepentingan akan sanggup tidak membicarakan ayat Al-Quran,
apabila ayat tersebut tidak sehaluan dengan pendirian politiknya. Contohnya, larangan
MELETAKKAN KEPENTINGAN MASA DEPAN UMAT ISLAM KEPADA BUKAN
ISLAM.
3. Ustaz itu menjelaskan lagi maksud 2.3 iaitu seperti contoh berikut:
3.1 Larangan bergantung kepada Yahudi dan Nasrani:
Dalam surah Al-Maidah ayat 51, bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan
Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana sesetengah mereka menjadi teman rapat kepada sesetengahnya yang lain, dan sesiapa antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah daripada golongan mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim."
3.2 Larangan bergantung kepada kafir musyrik:
Dalam surah Al-Nisa ayat 144 bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?"
3.3 Larangan bergantung kepada golongan mempersendakan agama (ayat Quran/Nabi Muhammad s.a.w./Islam):
Dalam surah Al-Maidah ayat 57 bermaksud:
"Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejek-ejekan, dan permainan daripada orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu menjadi penolong-penolong, dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman."
Saya akan sambung lagi kuliah di atas...walau apapun, berdasarkan ayat-ayat di atas, Allah melarang umat Islam bergantung harap, berkawan rapat dengan orang bukan Islam....tepuk dada tanya iman, adakah apa yang berlaku di negara kita sekarang ini syarie? (Saya tujukan kepada semua parti politik/pemimpin dan pengundi)....
0 comments:
Post a Comment