TAHNIAH CALON PMR SUBEST 2010!

>> Tuesday, December 28, 2010

SELAKU kaunselor SMK Subang Bestari, paksu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan PMR 2010 di SUBEST. Dengan rekod kelulusan 78% dan berjaya menghasilkan 18 pelajar cemerlang (8 A), selebihnya 10 pelajar mendapat 7 A dan 10 mendapat 6 A.....untuk sekolah yang kali pertama menghadapi PMR, ini adalah rekod yang dibanggakan. Tahniah juga kepada guru-guru yang sudah tentu siang malam bertungkus lumus membimbing pelajar. Kepada pelajar yang tidak memperoleh keputusan memuaskan, sebaliknya pencapaian begitu minima, ingat hidup anda belum berakhir. Anda tetap hebat tetapi mungkin di bidang kemahiran. Silakan ke sekolah-sekolah vokasional, Pusat Giat MARA atau MLVK. Ingat ramai insan menjadi jutawan dengan mempelopori bidang kemahiran tanpa segulung ijazahpun. Mark Zuckerberg kaya dengan mencipta Facebook sebelum beliau bergelar graduanpun. Bill Gates menjadi jutawan biarpun tidak menamatkan pengajiannya di Universiti Harvard. Zulkifli yang mempelopori Zul Design menjadi manusia hebat dan unggul biarpun tidak mempunyai ijazah. Tahniah kepada yang cemerlang...berikut ialah pelajar cemerlang ( 8 A) yang sempat Pak Su ketemu (kerana terlewat sampai ke SUBEST pada hari pengumuman keputusan PMR atas sebab yang sukar dielakkan):


NUR INSYIRAH
RAIHANA

MADIHAH


Semua orang boleh mencipta kejayaan seperti mereka di atas. Sungguh mudah petua dan rahsianya....tontoni video klip di bawah. Mereka cemerlang kerana mengamalkan teknik santai, tetapi betul untuk cemerlang. Anda juga boleh mencipta kecemerlangan seperti mereka...apa lagi jika melanggani SCORE A....he he. Pada tahun hadapan, insyallah Pak Su akan terus membimbing pelajar tentang teknik mudah menggapai kecemerlangan menerusi Seminar Belajar Santai...Impak Maksima. Bagi sekolah-sekolah yang ingin mengundang...silakan telefon/sms aje 017-3436570.....




0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP