BUKU YANG WAJIB DIMILIKI SETIAP PELAJAR

>> Saturday, January 8, 2011


ALHAMDULILLAH buku yang diterbitkan oleh PTS Publications, pada tahun 2009 yang saya karangi ini kini telah memasuki fasa Ulang Cetak ke-3 yang bermakna jualannya telahpun melepasi 6,000 naskhah. Buku ini saya nukilkan berpandukan pengalaman peribadi selama lebih 20 tahun sebagai pelajar sekolah menengah, siswa universiti, hinggalah meniti ke ijazah lanjutan; bermula daripada pelajar tercorot hingga ternobat sebagai Pelajar Cemerlang peringkat sekolah dan merangkul anugerah Hadiah Kecemerlangan Akademik dan Keseluruhan sewaktu konvokesyen Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), (Diploma Pendidikan) IPDA. Juga buku ini dinukilkan berdasarkan pengalaman memberikan kaunseling kepada pelajar selama 12 tahun termasuk 5 tahun di sebuah Sekolah Berasrama Penuh yang dinobatkan sebagai sekolah ke-6 terbaik di peringkat negara dalam SPM tahun lalu, iaitu SBPI Rawang. Termuat dalam buku ini; coretan Mohd Naquiddin, graduan SBPI Rawang yang kini sedang menamatkan perjuangannya belajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat.

ADA APA DENGAN BELAJAR SANTAI..IMPAK MAKSIMA?

Belajar Santai bukan menyuruh pelajar bermain semasa belajar. Belajar Santai memberikan ruang, nafas dan kesegaran kepada pelajar yang penat, letih, tertekan dengan hambatan ilmu...kerja rumah yang berlambak, masa yang tak terurus, banyak fakta perlu dihadam....Belajar Santai memberikan pilihan bagaimana menjadikan belajar itu menyeronokkan, mudah dihadam tetapi memberikan IMPAK MAKSIMA; pencapaian cemerlang di bidang akademik.

MEREKA INI MENGHARGAI BUKU INI.


Antaranya, Prof. Madya Dr Hj Abdul Malek b Abd Rahman, Pensyarah Kanan Kaunseling UPSI yang pernah menjawat jawatan Timb Dekan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia UPSI (Gambar di atas). Kata beliau:

"
Buku Belajar Santai...Impak Maksima" mampu memberi sumbangan bermanfaat dalam usaha mempertingkat keberkesannan belajar dalam kalangan pelajar. Keupayaan kaedah belajar yang melibatkan penggunaan maksima komponen ingatan, sememangnya memberi kesan kepada peningkatan prestasi pelajar. Buku ini juga sangat relevan kepada para kaunselor dalam membimbing pelajar strategi belajar..."
Seterusnya buku ini juga diakui oleh Dato' Hj Sahban bin Muksan, Timb Pengerusi Yayasan Guru yang juga mantan Pengarah Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia (gambar di atas). Menurut tokoh kehormat profesion perguruan ini, buku ini....

"Satu manifestasi idea pembelajaran yang realistik dan praktikal, sesuai untuk golongan remaja. Kandungan dan pendekatannya mengandungi adunan pengalaman dan idea, disokong oleh contoh-contoh yang boleh membantu pelajar dalam proses pembelajaran yang lebih mantap dan berkesan Saharom bin Abd Aziz, Editor di Kumpulan Karangkraf juga memperakui buku ini sebagai pendorong kepada para pelajar untuk lebih berjaya dan cemerlang.
MOTIVATOR terkenal, Ahmad Fadzli Yusof juga turut memberikan penghargaan atas penerbitan buku ini dengan katanya;

"Buku ini berguna untuk para pelajar. Tip dan panduan yang diberikan unik dan tersendiri."

Justeru, jika anda ingin menjejaki langkah pelajar cemerlang dengan gaya belajar yang santai, enjoy dan mudah....dapatkan buku ini. Buku ini sukar diperoleh di pasaran kerana mungkin mengambil masa sedikit untuk edaran Cetakan ke-3. Jadi, jika berminat, sila SMS ke nombor saya, 017-2767817, nyatakan anda berminat, seterusnya bank in ke Maybank 164146001461 (Esa bin Abd Samad) dan SMS kembali tarikh/masa anda memasukkan duit (Sebanyak RM 20.00 termasuk kos pengeposan) dan alamat. Insyallah saya akan hantar melalui pos laju ke rumah anda.




0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP