BENGKEL BELAJAR SANTAI ANJURAN ANJUNG MINDA

>> Monday, January 17, 2011



BARU-BARU ini, pada tanggal 15 Januari 2011, hari Sabtu, saya telah mengendalikan Bengkel Belajar Santai bersama sekumpulan 50 pelajar yang mengikuti Kem Pra UPSR anjuran Anjung Minda Resources di Kolej Pendeta Zaaba. Slot bengkel itu adalah sebahagian daripada pakej kem berkenaan yang berlangsung dua hari.


Dalam bengkel itu, saya telah memberikan sedikit pendedahan tentang teknik belajar gaya santai, dalam menangani bebanan akademik para pelajar, seperti menerusi kaedah imaginasi, peta minda gila-gila dan sebagainya. Pelajar-pelajar nampak terhibur dengan kaedah pembelajaran yang disampaikan. Bayangkan sebenarnya anda boleh belajar hanya dengan cara melukis, menggunakan jari, menyanyi, berlakon dan sebagainya. Namun apalah yang mampu disampaikan dalam masa sejam. Untuk modul lengkap Belajar Santai, memerlukan tempoh satu hari atau setengah hari. Jadi kepada pelajar-pelajar atau sekolah yang ingin menganjurkan kem Belajar Santai, sila layari laman sesawang http://anjungmindaresource.blogspot.com/

Insyallah bermula dari bulan Februari/Mac, Anjung Minda Resources akan menganjurkan kem-kem khas cara belajar santai yang saya kendalikan sepenuhnya. Buat masa kini anda boleh mengikuti kem-kem Pra UPSR, Pra PMR dan Pra SPM anjuran Anjung Minda dan anda berpeluang mengikuti Bengkel Belajar Santai selama sejam bersama saya.

0 comments:

Teknik Mencari Wang Percuma Di Internet.
Muat turun laporannya secara PERCUMA di sini !!

Pertanyaan




Form View Counter

About This Blog

Blog ini adalah milik Cikgu Esa Abd Samad. Blog mencatatkan aktiviti Cikgu Esa sebagai seorang kaunselor dan perunding motivasi.


Artikel Terkini

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP