BENGKEL BELAJAR SANTAI DI SUNGAI PETANI
>> Wednesday, February 2, 2011
Mengendalikan Bengkel Belajar Santai untuk murid Tingkatan 3 dan 5,
SMK Ibrahim, Sg Petani di Hotel D Vista pada 29 Januari 2011.
Mengambil kesempatan membeli belah bersama keluarga di Bukit Kayu Hitam,
Kedah selepas penat mengendalikan Bengkel Belajar Santai.

ALHAMDULILLAH, baru-baru ini, ketika ramai orang bercuti dan balik kampung sempena Hari Tahun Baru Cina, saya bersama keluarga pergi ke Sg Petani, Kedah pada 28 Januari 2011 untuk menunaikan amanah mengendalikan Bengkel Belajar Santai di Sg Petani atas undangan sahabat, Cikgu Suhaimi Zaman, Kaunselor Cemerlang Kedah Darul Aman.
Setibanya pada tengah malam 28 Januari kami semua menginap di Hotel D Vista, sebuah hotel bajet. Kualiti ...bolehlah, alhamdulillah. Pada pagi, 29 Januari 2011, saya mengendalikan Bengkel Belajar Santai untuk sekumpulan 130 pelajar Tingkatan 3 dan 5.
Dalam dua slot diberikan, iaitu pada pukul 8.00 - 10.00 dan 2.00 - 3.30 petang, sempatlah saya memberikan tips-tips asas belajar santai kepada para peserta. Mereka tampak begitu seronok mengikuti sesi latihan yang diberikan, khasnya latihan belajar dalam kumpulan - belajar menggunakan teknik belajar santai + lima domain.
Keesokannya, saya mengendalikan bengkel Belajar Santai di SMK Pinang Tunggal selama 4 jam. Wow! Mencabar juga pelajar di sekolah ini yang sesetengahnya tidak berminat hendak belajar.
Selepas penat bersantai bersama pelajar, saya dan keluarga mengambil kesempatan melancong ke Bukit Kayu Hitam dan menginap di Hotel T yang sungguh nyaman dan tenteram. Kemudian kami membeli belah di Changlun sebelum menziarahi abang ipar di Pulau Pinang dan kakak ipar Ipoh, Perak.
Kepada rakan-rakan, saya ingin mengurangkan program di luar Lembah Kelang. Jikapun saya hendak pergi, bajet biarlah sesuai iaitu dengan kadar RM 20 untuk 100 pelajar (pax) untuk program satu hari. Barulah berbaloi hendak pergi. Jangan risau, dengan kadar bayaran sedemikian, pelajar akan dapat buku Belajar Santai..Impak Maksima secara percuma. Hubungi saya di talian 017-3436570

0 comments:
Post a Comment